Aku hairan..
patutkah kita masih lalai sedangkan hari
berlalu,
kita bermain sedangkan mati itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.
adakah patut seorang itu terus leka dan bermain (seronok),
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan (amalan)
kita bermain sedangkan mati itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.
adakah patut seorang itu terus leka dan bermain (seronok),
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan (amalan)
selalunya,tewas kepada setiap keseronokan.
kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih (terlebih afdhal untuk beribadat),
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan(diisi dengan tanggungjawab),
dan kepada semuanya itu ada kesan (catitan) yang ditulis.
kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih (terlebih afdhal untuk beribadat),
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan(diisi dengan tanggungjawab),
dan kepada semuanya itu ada kesan (catitan) yang ditulis.
(terjemahan
lagu ‘Ajibtu-In-team)
Sahabat-sahabat sekalian, mari menghayati
firman Allah SWT ini tentang hari yang begitu pasti yang akan kita lalui iaitu
kematian.
“
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat
nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang
sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang
memperdayakan” (
Ali-Imran:185)
Mati itu pasti wahai sahabat-sahabat. Kita pasti
tertanya-tanya bila kita akan mati? (atau kita tak sempat nak bertanya dek
berkejaran mengejar dunia?) hmm..tanyala imanmu masing-masing jikalau ada
sekelumit hati yang masih lagi ingat akan Penciptanya.
Mati merupakan rahsia Allah SWT terhadap
urusan makhluk ciptaanNya iaitu Ruh. Rasulullah
SAW pernah ditanya bagaimana sifat dan rupa Ruh itu? Maka Baginda menjawab berdasarkan
wahyu yang diturunkan padanya,
“ Mereka
bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang ruh. Katakanlah bahawa ruh itu
termasuk di dalam urusan Tuhanku. Dan tiadalah kamu diberi ilmu tentang ruh itu kecuali sedikit.”
(Al-Isra’:85)
Ruh
merupakan urusan yang menjadi rahsia Allah SWT semata-mata. Ia merupakan kehendak
Allah untuk menghidupkan jasad makhluk dan apabila Allah SWT ingin mematikan
makhlukNya, Allah akan memerintahkan ruh itu keluar bagi menyempurnakan ajal
bagi setiap makhluk. Kita sememangnya tidah tahu kerana kematian itu menjadi
satu rahsia yang sangat-sangat rahsia bagiNya. Ia milik Allah SWT. Namun kita
sebagai hambaNya, perlu sentiasa bersedia dengan sebenar-benarnya bersedia
menghadapi ajal maut ini. (tersangatlah takut!)
Apa aku juga sudah bersedia? Begitu juga kalian
semua? Ayuh! Perhebatkan amal dan kebajikan
kerana mati itu tidak menerima undangan seperti kad yang bertullis “Jemputan ke
majlis pengebumian Rumput binti Keladi pada 30 Febuari sekian sekian..sekian..”
(kalau kita tau kematian itu bila, pastinya masing-masing sedang khusyuk
beramal nih kan..kan?)
Lagu ‘Ajibtu ini menarik perhatian saya
tentang sikap manusia hari ini yang kurang@langsung tidak mengendahkan tentang
hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Mereka
dibuai denagan kesenangan dunia. Berlumba-lumba mengejar harta, pangkat,
kekayaan tanpa rasa sedikit pun takut pada jemputan Malaikat Maut. Hidup dalam
keadaan lalai dan terpesona dengan nikmat dunia. Hem! Moga kita sama-sama tidak
terlalai@dilalaikan dengan senda gurau kehidupan dunia ini.
Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang
diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk
dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah
kesenangan hidup di dunia dan di sisi
Allah lah tempat kembali yang baik.” ( Ali-Imran:14)
Dek kerana terpesona dengan kenikmatan
dunia, kita sering tertewas kepada keseronokan. Apa yang kita lihat dan inginkan semuanya
terasa indah bagaikan sedang mengejar ‘syurga’
dunia.
“…apakah
kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Padahal
kenikmatan hidup di dunia ini (di
bandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit” ( At-Taubah:38)
Justeru itu ayuh persiapkan diri menempuh
kehidupan di sana kerana nun di sana cita-cita kita! Jangan kita leka dan
tertipu dengan diri sendiri. Jom sama-sama mengejar pahala akhirat! Fastabiqul khairat!
Jom cari pahala, jangan cari dosa! Haa, Allah SWT kata..
“(iaitu)
bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain! Dan bahawa
manusia akan memperolah apa yang telah diusahakan.
Dan sesungguhnya
usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya),
Kemudian
akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna.
Dan
sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu).” (An-Najm:38-42)
Perbaiki diri,
Katakan “saya mahu pahala syurga!!” JOM Fastabiqul
khairat!