" Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Monday, 30 July 2012

AKU HAIRAN...



Aku hairan..
patutkah kita masih lalai sedangkan hari berlalu,
kita bermain sedangkan mati itu bukan mainan,
aku hairan terhadap mereka yang masih leka ini,
aku hairan, sedangkan tiada apa yang patut aku hairankan.

adakah patut seorang itu terus leka dan bermain (seronok),
sedangkan dirinya akan mati dan rumahnya akan runtuh,
kita melihat apa yang kita lakukan (amalan) 

selalunya,tewas kepada setiap keseronokan.
kita melihat malam dan siang menyibukkan kita,
dan aku tak tahu yang manakah patut aku pilih (terlebih afdhal untuk beribadat),
dan setiap perkara itu ada tempoh yang perlu ditunaikan(diisi dengan tanggungjawab),
dan kepada semuanya itu ada kesan (catitan) yang ditulis.
(terjemahan lagu ‘Ajibtu-In-team)

Sahabat-sahabat sekalian, mari menghayati firman Allah SWT ini tentang hari yang begitu pasti yang akan kita lalui iaitu kematian.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan” ( Ali-Imran:185)

Mati itu pasti wahai sahabat-sahabat. Kita pasti tertanya-tanya bila kita akan mati? (atau kita tak sempat nak bertanya dek berkejaran mengejar dunia?) hmm..tanyala imanmu masing-masing jikalau ada sekelumit hati yang masih lagi ingat akan Penciptanya.
Mati merupakan rahsia Allah SWT terhadap urusan makhluk ciptaanNya iaitu Ruh.  Rasulullah SAW pernah ditanya bagaimana sifat dan rupa  Ruh itu? Maka Baginda menjawab berdasarkan wahyu yang diturunkan padanya, 

Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang ruh. Katakanlah bahawa ruh itu termasuk di dalam urusan Tuhanku. Dan tiadalah kamu diberi  ilmu tentang ruh itu kecuali sedikit.” (Al-Isra’:85)

Ruh merupakan urusan yang menjadi rahsia Allah SWT semata-mata. Ia merupakan kehendak Allah untuk menghidupkan jasad makhluk dan apabila Allah SWT ingin mematikan makhlukNya, Allah akan memerintahkan ruh itu keluar bagi menyempurnakan ajal bagi setiap makhluk. Kita sememangnya tidah tahu kerana kematian itu menjadi satu rahsia yang sangat-sangat rahsia bagiNya. Ia milik Allah SWT. Namun kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa bersedia dengan sebenar-benarnya bersedia menghadapi ajal maut ini. (tersangatlah takut!)

Apa aku juga sudah bersedia? Begitu juga kalian semua?  Ayuh! Perhebatkan amal dan kebajikan kerana mati itu tidak menerima undangan seperti kad yang bertullis “Jemputan ke majlis pengebumian Rumput binti Keladi pada 30 Febuari sekian sekian..sekian..” (kalau kita tau kematian itu bila, pastinya masing-masing sedang khusyuk beramal nih kan..kan?)

Lagu ‘Ajibtu ini menarik perhatian saya tentang sikap manusia hari ini yang kurang@langsung tidak mengendahkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.  Mereka dibuai denagan kesenangan dunia. Berlumba-lumba mengejar harta, pangkat, kekayaan tanpa rasa sedikit pun takut pada jemputan Malaikat Maut. Hidup dalam keadaan lalai dan terpesona dengan nikmat dunia. Hem! Moga kita sama-sama tidak terlalai@dilalaikan dengan senda gurau kehidupan dunia ini.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia  dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik.” ( Ali-Imran:14)

Dek kerana terpesona dengan kenikmatan dunia, kita sering tertewas kepada keseronokan.  Apa yang kita lihat dan inginkan semuanya terasa indah bagaikan sedang  mengejar ‘syurga’ dunia. 
“…apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Padahal kenikmatan hidup  di dunia ini (di bandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit” ( At-Taubah:38)

Justeru itu ayuh persiapkan diri menempuh kehidupan di sana kerana nun di sana cita-cita kita! Jangan kita leka dan tertipu dengan diri sendiri. Jom sama-sama mengejar pahala akhirat! Fastabiqul khairat! Jom cari pahala, jangan cari dosa! Haa, Allah SWT kata..
 “(iaitu) bahawa seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain! Dan bahawa manusia akan memperolah apa yang telah diusahakan.
Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya),
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna.
Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu).” (An-Najm:38-42)

Perbaiki diri, 
Katakan “saya mahu pahala syurga!!” JOM Fastabiqul khairat!

No comments:

Post a Comment