Sayyidil anbiya’i wal mursalin Muhammad bin Abdullah,
Aku amat merinduimu..
Terima kasih kerana hingga hari ini aku mengenalimu,
mengasihimu,menyayangimu malah merinduimu dan mencintaimu setiap masa…
Semuanya hanya kerana kasih sayangmu pada umat,
Pengorbananmu menyebarkan agama suci Islam ke seluruh pelusuk dunia,
Sungguh firman Allah mengatakan Kau adalah rahmatan lil ‘alamin..
"Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam." (Surah al-Anbiya’: 107)
Walau dirimu sering disakiti,
Namun pengorbanan ini bernilai syurga,
Aku terlalu merinduimu..
Walau tidak pernah bersua,
Namun diri ini seringkali disimbahi kerinduan padamu..
Sungguh benar Allah menganjari pahala pada hambaNya yang selalu
berselawat padamu,
" Sesungguhnya Allah
dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. " (
Surah Al-Ahzab:56)
Lagu kegemaranku ..sebak dan pilu...sila
hayati ;)
Kalaulah
Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu. (laukana bainana habib)

Sollu
‘ala nabiyy!
SALAM MAULIDURRASUL,
12
rabi’ulawwal 1434h
No comments:
Post a Comment