" Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Saturday, 14 April 2012

Bercita-citalah..


Jangan takut punyai cita-cita…bercita-citalah..


“Kalau kita memulai langkah dengan rasa takut, maka sebenarnya kita tidak pernah melangkah..”  (A.H.Nayyar)

Bermimpilah dan bercita-citalah setinggi bintang! 

Cita-cita besar adalah tanda kehidupan jiwa, indikasi kejayaan orang-orang besar, pintu kebahagiaan sesiapa sahaja disebabkan jiwanya selalu terbuka, berfikir dan berjiwa besar. kalau anda percaya ianya kakan berhasil, anda akan betul-betul berhasil!
 
Cita-cita adalah ruh yang menjadikan seseorang tetap bertahan. Ia merupakan energy yang akan menggerakkan jiwa, menggerakkan fikiran untuk kreatif, menggerakkan badan untuk aktif, menggerakkan seluruh tubuh mencapai tujuan. Begitu banyak dan begitu penting untuk menjadi besar dengan cita-cita besar. Tetapi jangan sesekali merasa besar. Kerana merasa besar akan menumbuhkan penyakit jiwa, menyebabkan sengsara dan membawa derita. Sedangkan menjadi besar itu akan membawa kepada bahagia.



Nun di sana cita-cita kita..Bercita-citalah untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.
 
 “Sungguh saya memiliki jiwa perindu. Jiwa merindukan kepimpinan maka saya mendapatkannya. Merindukan khilafah maka saya meraihnya. Dan sekarang jiwa itu merindukan syurga.” ( Umar Abdul Aziz)

Kini kita semakin jauh melangkah mengejar cita-cita. Cita-cita yang bagaimana? Milikilah cita-cita yang jelas iaitu untuk meraih kehidupan akhirat kerana nun di sana cita-cita kita yang pasti. 
“Carilah dari apa yang dianugerahkan Allah untuk meraih kehidupan akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia.” ( Al-Qashash:77)

"Kenyataan hari ini adalah mimpi kelmarin, dan mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok." 
(Hassan Al Banna)

Jom fokuskan diri untuk meraih cita-cita (^_^)

Alhamdulillah!
~fevret motivation Zero to Hero~

No comments:

Post a Comment