" Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Friday, 14 December 2012

Bersyukurlah..

[1 Safar 1434H] -1/2/34H

Alhamdulillahi wa ni'maaulillah!
Terus mengorak langkah mencari pelangi yang indah:)

Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Senyum selalu:)





Sabar...

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Apabila Aku menguji hamba-Ku, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan surga baginya.’(HR. Bukhari)

“Dan Allah mencintai orang-orang yg sabar.” (QS. Ali Imran: 146)

Saudaraku, jika ditimpa kesusahan atau kesenangan, bersabarlah..bersyukurlah kerana kita masih lagi dalam perhatian Allah SWT, Dia Al Qahhar tidak pernah lupa kan kita, tidak pernah tinggalkan kita tatkala ujian menduga. 

Untunglah bagi mereka yang sentiasa berbaik sangka dengan Allah, ya pasti ada hikmahnya.. sabar ya..khabar gembira pasti akan tiba:)

Sila sabar:)
 

Thursday, 13 December 2012

Kalimataan..


Beautiful song (^_^)

"There are two phrases which are beloved of the Most Merciful, light on the tongue, yet heavy on the scales (of reward): glory be to Allah and all praise to Him, glory be to Allah, the Mighty."
(Hadith Bukhari)

Subhanallahi wa bi hamdih, subhanallahi al-azim..

http://www.youtube.com/watch?v=COimK4kwZv0

Bahagia..



Kebahagiaan itu ada di setiap perjalanan hidup,
Ya, kita harus mencari bahagia itu,
Namun, mencari bahagia yang hakiki itu amatlah sukar,
Kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi,
Keyakinan yang utuh,
Bahawa kita akan sampai pada titik kebahagiaan itu tidak lama lagi,
Formulanya sangat mudah,
Bahagia dan membahagiakan orang di sekeliling kita nescaya kita juga turut  merasai bahagia itu..
Bagaimana pula dikatakan bahagia yang hakiki itu?
Kebahagiaan hakiki terletak pada pendakian ruh yang sebenar iaitu perkemaskan solat 5 waktu pada awal waktunya,
Justeru, bahagia yang dipupuk itu adalah dengan merasai nikmat kurniaanNya dalam diri,
Dengan merasai kemanisan ‘taqwa’ bahawa ihsan Allah sedang dipupuk di dalam diri,
Merasai ‘iman’ bahawa segala keyakinan kita di perutuhkan lagi dengan membenarkan takdir Allah itu adalah atas iradatNya,
Turut mengakui ‘islam’ adalah pegangan dan jalan hidup yang terunggul untuk menemui cahaya kebahagiaan,

Ya, janji Dia Al-Haq itu pasti,
Yakinlah pada Yang Esa setiap detik, setiap saat,
Bersabarlah dalam mencari kebahagiaan itu,
Isbir, Dia Al Muhaimin tidak pernah tidak pernah tinggalkan kita,
yakini kalam suciNya,
Bahawa kita akan pasti menemui bahagia yang hakiki itu kerana pertemuan dengan yang Maha Agung itu adalah pertemuan yang membuahkan ketenangan dan kedamaian..
Wasallallahu ‘ala sayyidina Muhammad..

Ujian..



Subhanallahi wabihamdih..
Subhanallahil ‘adzhim..
Hidup ini jalannya panjang penuh liku,
Untunglah orang yang meletakkan kesabarannya tinggi melalui jalan ini,
Namun jalan ini bukanlah jalan yang mudah,
Ramai yang tertewas dengan ujian yang bertamu,
Ada yang putus asa meneruskan sampai ke penghujung,
Ada yang tidak sabar, lantas terus menggadaikan prinsip diri,
Namun, ada yang punyai semangat yang luar biasa terus yakinkan diri melangkah,
Sedar tidak sedar,
Dia Al Wahhab memberi kita banyak peluang untuk mengutip mutiara-mutiara yang bernilai di sepanjang jalan berliku ini,
Dia Ya ‘Adzhim sentiasa menguji orang-orang yang menjadi pilihanNya,
Ujian itu tanda sayangnya Pencipta pada hamba,
Maka beruntunglah orang yang hidupnya selalu diuji,
kerana semakin diuji semakin kita hampir pada Pencipta,
Namun, pada jiwa-jiwa yang tidak mahu yakini Tuhan,
Terus menyalahkan pada takdir jika ujian bertamu,
Saudariku,
Untunglah bagi mereka yang diuji,
Kerana Dia Ar Razzaq akan memberi yang terbaik dari yang kita sangka,
Kerana Dia Al Qahhar sedang mengatur yang terbaik untuk kita,
Perlu diingat,
Dia Pencipta, kita hamba.