" Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Thursday, 13 December 2012

Ujian..



Subhanallahi wabihamdih..
Subhanallahil ‘adzhim..
Hidup ini jalannya panjang penuh liku,
Untunglah orang yang meletakkan kesabarannya tinggi melalui jalan ini,
Namun jalan ini bukanlah jalan yang mudah,
Ramai yang tertewas dengan ujian yang bertamu,
Ada yang putus asa meneruskan sampai ke penghujung,
Ada yang tidak sabar, lantas terus menggadaikan prinsip diri,
Namun, ada yang punyai semangat yang luar biasa terus yakinkan diri melangkah,
Sedar tidak sedar,
Dia Al Wahhab memberi kita banyak peluang untuk mengutip mutiara-mutiara yang bernilai di sepanjang jalan berliku ini,
Dia Ya ‘Adzhim sentiasa menguji orang-orang yang menjadi pilihanNya,
Ujian itu tanda sayangnya Pencipta pada hamba,
Maka beruntunglah orang yang hidupnya selalu diuji,
kerana semakin diuji semakin kita hampir pada Pencipta,
Namun, pada jiwa-jiwa yang tidak mahu yakini Tuhan,
Terus menyalahkan pada takdir jika ujian bertamu,
Saudariku,
Untunglah bagi mereka yang diuji,
Kerana Dia Ar Razzaq akan memberi yang terbaik dari yang kita sangka,
Kerana Dia Al Qahhar sedang mengatur yang terbaik untuk kita,
Perlu diingat,
Dia Pencipta, kita hamba.




No comments:

Post a Comment