Kebahagiaan itu ada di setiap perjalanan hidup,
Ya, kita harus mencari bahagia itu,
Namun, mencari bahagia yang hakiki itu amatlah sukar,
Kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi,
Keyakinan yang utuh,
Bahawa kita akan sampai pada titik kebahagiaan itu tidak lama lagi,
Formulanya sangat mudah,
Bahagia dan membahagiakan orang di sekeliling kita nescaya kita juga
turut merasai bahagia itu..
Bagaimana pula dikatakan bahagia yang hakiki itu?
Kebahagiaan hakiki terletak pada pendakian ruh yang sebenar iaitu
perkemaskan solat 5 waktu pada awal waktunya,
Justeru, bahagia yang dipupuk itu adalah dengan merasai nikmat
kurniaanNya dalam diri,
Dengan merasai kemanisan ‘taqwa’
bahawa ihsan Allah sedang dipupuk di dalam diri,
Merasai ‘iman’ bahawa segala keyakinan kita di perutuhkan lagi
dengan membenarkan takdir Allah itu adalah atas iradatNya,
Turut mengakui ‘islam’ adalah pegangan dan jalan hidup yang
terunggul untuk menemui cahaya kebahagiaan,
Ya, janji Dia Al-Haq itu pasti,
Yakinlah pada Yang Esa setiap detik, setiap saat,
Bersabarlah dalam mencari kebahagiaan itu,
Isbir, Dia Al Muhaimin tidak pernah tidak pernah tinggalkan kita,
yakini kalam suciNya,
Bahawa kita akan pasti menemui bahagia yang hakiki itu kerana pertemuan
dengan yang Maha Agung itu adalah pertemuan yang membuahkan ketenangan dan
kedamaian..
Wasallallahu ‘ala sayyidina Muhammad..
No comments:
Post a Comment