" Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Thursday, 23 February 2012

Lagi-lagi isu doping...


Sungguh dikatakan sangat ‘muak’ kita diberitakan dengan isu-isu yang sering kali berulang tatkala tibanya kejohanan sukan sea.Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah  atlet negara, jurulatih atau pihak tertinggi Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ?
 Baru-baru ini isu ujian doping yang membabitkan kuartet  4x100 wanita, mengundang kontroversi kepada KOM. Isu ini  akhirnya membawa kepada pembubaran kuartet yang dianggap berpotensi dan mampu mengembalikan kegemilangan sukan olahraga di negara. Isu ini bukan sahaja berkaitan dengan dakwaan dua daripada empat atletnya mengelak menjalani ujian doping tetapi juga soal jurulatih. Bagaimana untuk membentuk kesefahaman jangka panjang jika kuartet tersebut diletakkan di bawah bimbingan dua jurulatih berasingan dan tidak berlatih bersama sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk berpecah. Jika isu-isu remeh dan atlet tidak dibenarkan bersuara untuk menegakkan hak demi kebaikan masa depan mereka, prestasi pembangunan negara akan merosot terutamanya bagi acara trek dan balapan yang menyaksikan prestasi atlet  turun naik selain terlalu bergantung kepada atlet nama-nama besar tanpa memikirkan siapa yang bakal menggalas tugas tersebut jika  mereka bersara suatu hari kelak.
Manakala, kontroversi terbaru yang melibatkan dua atlet olahraga negara terpalit dengan isu doping ini masih belum menemui titik noktah. Kesemua individu yang terlibat dalam isu ini, baik pihak persatuan,jurulatih mahupun atlet itu sendiri lebih mahu menyelamatkan dir masing-masing selain menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. 
Menyokong kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu."Saya berharap KOM tidak menganggap ia perkara kecil kerana dunia akan melihat Malaysia sebagai negara yang tidak telus dan tidak bertindak tegas kepada soal membasmi penggunaan bahan-bahan yang terlarang dalam kalangan atlet kita," katanya.  (Sumber BERNAMA)
Kita sudah tahu perkara ini sering kali berulang dan sepatutnya tahu apakah punca dan cara untuk menyekat isu pengambilan dadah ini. Adakah pihak KOM tidak telus untuk memandang serius dalam hal-hal yang melibatkan nama negara tercemar?Adakah pihak KOM menghiraukan hak-hak asasi atlet?
Justeru pada pandangan penulis,  isu-isu yang melibatkan etika dalam olahraga ini, professional, respect for people’s rights and dignity dan juga concern for welfare of other harus dititikberatkan.  Ketelusan untuk ‘membasmi’ isu yang berulang kali ini memperlihatkan etika professionalism seseorang jurulatih atau pihak tertinggi KOM dalam menangani isu ini secara telus dan adil. Etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Ianya sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik. Dengan panduan dan peraturan yang di tetapkan dalam sesuatu kesatuan olahraga,etika professionalism boleh memandu dan mengingatkan atlet atau pihak terbabit mengenai tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi isu-isu seperti ini. Dalam isu doping ini, disiplin sangat penting  untuk memastikan sebarang penyelewengan tidak akan berlaku di antara atlet, jurulatih dan sebagainya. Justeru itu, masalah pihak yang ada kepentingan diri masing-masing dapat di atasi dengan telus dan adil. Selain itu, dalam etika olahraga ini, memelihara maruah dan menjaga hak-hak kebajikan individu mahupun kumpulan sangat dititikberatkan. Etika ini merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah ahli sukan masing-masing. Perkara yang menyebabkan konflik dan rasa tidak puas hati antara atlet dan jurulatih haruslah ditangani dengan lebih matang.
 Secara umumnya, professionalism menjelaskan bahawa setiap ahli sukan perlu menjaga nilai-nilai etika ini untuk meningkatkan kualiti kepada kemenangan negara kelak.



No comments:

Post a Comment